Thursday, September 24, 2009
Time to shine
Cerita tentang seorang budak digelar Si Tanggang oleh kawan-kawan beliau kerana jarang sekali beliau balik ke rumah orang tua nya.Tanggang merupakan seorang budak yang baik hati dan penyayang.Walaupun dia bukan anak manja dalam keluarga,tetapi beliau tetap sayang mak bapak beliau.Bila Syawal hendak tiba,beliau terpaksa balik.Raya beliau hanya duduk dalam bilik dan merokok sehingga ibubapak beliau memanggil suruh turun bawah dan melayan tetamu yang baru sahaja sampai.Setiap kali dia rasa bosan,dia akan ambil sebatang rokok dan hisap,sambil itu Tanggang akan tenung diluar.Berpuluhan ribu benda dalam tepu minda si Tanggang,"Beli ticket,pergi subang parade beli selipar,assigment,adakah aku orang ketiga dalam kisah ini?,patut aku tinggalkan ataupun tunggu,Bila orang nak call ini,manakah pergi semua orang?yada yada yada yada".Tiba-tiba dia ternampak satu benda lawa terbentuk oleh awan-awan yang sedang berada di langit ala ala menutupi cahaya matahari.Tok!Tok!Tok!,bunyi pintu diketuk oleh Oena,ibu kepada si Tanggang."Ah boy,tolong ibu angkat kain jemuran ya"Oena bercakap kepada anak nya yang sedang merenung diluar tingkap bilik."Baiklah ibu"kata Tanggang kepada mak beliau.Beliau pun gegas kebawah dan ambil kunci untuk membuka pintu belakang.DANG!bunyi satu idea yang baru muncul di otak beliau."Apa kata kalau aku mengambil kamera dan tangkap gambar awan yang cantik itu"kata Tanggang.Beliau lari lintang pukang ke dalam bilik untuk mengambil kamera seperti kilat ataupun seperti Makcik/Datin/perempuan kaya yang berlari masuk ke kedai yang ada tanda SALE/JUALAN MURAH/50%less/70&less.Bila sudah selesai membawa semua kain jemuran masuk ke dalam rumah,Tanggang pula baring di atas rumput dan mengambil gambar awan-awan di atas kepala nya.TAMAT

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment