Sunday, October 4, 2009

Pork and beans

Di suatu ketika,sedang kita berehat dimana jua dan akan termenungkan tentang masa silam zaman muda mudi.Di situ senyuman yang tidak terhingga akan muncul .Rakan-rakan sekalian,masa gembira dan sedih,bermain dan bergaduh.Ramai lagi yang tiada dalam gambar diatas

Kisah tentang hidup aku pada zaman dahulu,terlampau banyak kenangan yang indah dan pahit aku ingin menceritakan tetapi masa tidak mengizinkan(kelas BEL pukul8 pagi).Aku bukan lah seorang yang cerdik pintar malah aku adalah kambing gelap dalam keluarga aku,masalah semuanya berpunca dari aku.Aku bukan lah seorang yang tinggi seperti permain bola keranjang,malah aku mempunyai tinggi yang cukup biasa dikalangan orang yang sama umur seperti ku,yang pelik nya orang menyatakan bahawa aku ini seorang yang rendah.Ini kerana rupa muka aku seolah olah budak berumur 15 tahun
Tetapi itu bukan satu penghalang untuk ku bermain suka kegemaran aku dan bapa ku,iaitu sukan lasak bernama Ragbi.Keseronokkan bermain itu tidak dapat aku lupakan kerana banyak kejadian buruk yang timpa daku.Bak kata orang tua tua kita,sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.Aku telah cedera yang membuatkan jari aku patah.Pada tanggal 03.01.07,jari sebelah lagi patah.
Selepas itu,aku mula bermain semula sukan lasak yang sudah lama aku tinggalkan,ia dipanggil papan luncur.Alasan aku tinggalkan sukan ini kerana tidak dapat restu oleh bapa ku.Dia mengatakan sukan ini cuma merosakkan dan tidak mempunyai disiplin diri.Walhal pada pendapat aku,aku cuma bermain untuk senaman diri.Tetapi bau tidak berwangi,pada usia aku 17.Kaki aku sebelah kiri senget sedikit kerana terjatuh papan luncur.

Berehat lah aku di rumah buat sementara waktu kerana kecederaan itu.Di rumah,mempunyai cerita yang berlainan pula,selain menghisap rokok dan mengacau ibuku yang sedang buat kuih atau menghafal langkah berjoget dia,aku menghabiskan waktu aku dengan melukis dan sehingga lah sekarang ini.Tamat

No comments:

Post a Comment